2 Jenis Takbir Raya


2 Jenis Takbir Raya
1. MUQAIYAD "مُقَيَّد" 
2. MURSAL "مُرْسَـل" 

Takbir MUQAIYAD ialah takbir yang dilakukan menyusuli solat, sama ada solat fardu ain, solat fardu kifayah mahupun solat sunat. Ia dilakukan sebanyak SATU PUSINGAN sahaja. 

Takbir MURSAL pula ialah takbir yang dilakukan tidak berkaitan dengan solat. Ia dilakukan terus menerus, berulang ulang tanpa batas bilangan. 

WAKTU TAKBIR:
1. MUQAIYAD, bermula selepas solat SUBUH 9hb Zul-Hijjah (sabtu 4 Okto) dan berakhir selepas solat fardu ASAR 13hb Zul-Hijjah (8 Okto) nanti. 

2. MURSAL, bermula dengan terbenam matahari 9hb Zul-Hijjah (maghrib nanti) dan berakhir dengan penunaiannya Solat Sunat Idil-Adha. 

* Raya Aidilfitri hanya ada Takbir Mursal sahaja. 



Wallahu a'lam
Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Sumber: Tazkirah Umum 

Tazkirah Lain
Share this article :
+
Previous
Next Post »
Check Page Rank
 
Copyright © 2010 Blog Blue Box - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
Back To Top