Bila nak selesai isu status jalan susur keluar pekan Rawang?

Semenjak dua menjak ni, banyak berita MB Selangor turun padang nak selesaikan masalah rakyat. Hinggakan MB sanggup masuk longkang.


Di Rawang, ada satu permasalahan yang masih belum selesai tanpa perlu masuk longkang.

Jalan susur keluar dari pekan Rawang di simpang 3 belakang pasaraya MyDin hingga ke susur Masjid Nurul Iman, dan isu ini masih belum selesai.


Jalan sudah lama siap tapi di halang oleh bongkah batu penghadang jalan. Sampai bila masalah ini dapat diselesaikan? 

Setelah siapnya Hospital KPJ Rawang, jalan susur itu kini amat penting untuk memudahkan Ambulan keluar menghala ke arah  Jalan Selayang dari susur Masjid Nurul Iman. 

Harap YB Menteri Besar Azmin Ali dapat turun padang menyesaikan kemelut hak tanah ke atas jalan itu. Tak perlu lah sampai masuk longkang YB. 


Share this article :
+
Previous
Next Post »
Check Page Rank
 
Copyright © 2010 Blog Blue Box - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
Back To Top