Gaji tinggi untuk Kakitangan Awam miliki PHD dan Sarjana


Kerajaan telah bercadang untuk menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi kepada penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana, dan insentif ini meliputi 33 skim perkhidmatan awam.

Perdana Menteri berkata, 33 skim perkhidmatan gaji tersebut adalah termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).

"Ini adalah khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma,"


Perdana Menteri turut berkata, Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai yang layak bagi urusan kenaikan pangkat berdasarkan sistem merit sedia ada.

"Pegawai yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat.


Share this article :
+
Previous
Next Post »
Check Page Rank
 
Copyright © 2010 Blog Blue Box - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
Back To Top