MATTA Fair: MAS tawar diskaun 30-50 peratus


Malaysia Airlines (MAS) akan menawarkan diskaun antara 30 dan 50 peratus bagi tiket yang dibeli semasa Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) September ini. Diskaun ditawarkan untuk semua destinasi MAS.

"Saluran pengedaran kami adalah menerusi ejen di pesta itu, agensi pelancongan yang kami lantik di seluruh negara serta menerusi laman sesawang kami," katanya pada sidang media mengenai Pameran Matta, di sini hari ini.

Acara tiga hari itu akan berlangsung bermula 4 Sept di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Beliau berkata MAS juga akan menyumbang 10 tiket penerbangan pergi balik ke destinasi seperti London, Paris, Tokyo, Seoul, Bangkok dan Hong Kong kepada pemenang Peraduan Pembeli Pameran Matta.

Peraduan terbuka kepada mereka yang membeli pakej pelancongan pada harga minimum RM300.

Jurucakap MAS berkata, MAS tidak pernah terlepas daripada menyertai MATTA Fair dan dijangka terus terlibat dalam usaha promosi sedemikian selepas penstrukturan semula syarikat.

"Semua berjalan seperti biasa bagi MAS. Tidak ada perubahan drastik kecuali tempat bekerja kerana kami berpindah dari Subang ke pejabat baharu di Sepang," katanya.

Pengurusan baharu di bawah Malaysia Airlines Bhd (MAB) telah menggariskan strategi perniagaan namun masih terlalu awal untuk dikongsi memandangkan sekarang ia dalam tempoh peralihan.

Peralihan daripada MAS kepada MAB merupakan komponen utama dalam Pelan Pemulihan MAS yang menggariskan 12 perkara utama.

Pelan itu telah diumum oleh syarikat induknya Khazanah Nasional Bhd pada 29 Ogos 2014 bagi menstruktur semula syarikat penerbangan negara tersebut yang akan meletakkannya di landasan ke arah keuntungan mampan.
Share this article :
+
Previous
Next Post »
Check Page Rank
 
Copyright © 2010 Blog Blue Box - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
Back To Top