Pusat 3S Toyota di Rawang sudah beroperasi


Rawang - Salah satu pengedar bagi UMW Toyota Motor (UMWT), iaitu UMW Toyotsu Motors Sdn. Bhd. telah merasmikan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) terbaharu di Rawang baru-baru ini. Terletak di Jalan Batu Arang, Rawang ini adalah pusat 3S kedua yang diuruskan UMW Toyotsu Motors selepas lokasi pertama di Shah Alam.

Pihak syarikat telah membelanjakan sehingga RM34 juta di atas tanah berkeluasan 2.5 ekar dengan kawasan yang dibangunkan sebesar 70,622 kaki persegi. Pasukan servis di sini dikatakan mampu untuk menyelenggara sehingga 72 kenderaan dalam sehari.

Pusat 3S ini juga menawarkan perkhidmatan cat dan kerja-kerja badan kereta.

Dengan ini, UMWT sekarang mempunyai jaringan 99 pusat jualan dan pasca jualan, termasuk pengedar, di seluruh negara.


Share this article :
+
Previous
Next Post »
Check Page Rank
 
Copyright © 2010 Blog Blue Box - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
Back To Top