Pakatan Harapan ditubuhkan - Wan Azizah

Wan Azizah

Persidangan Meja Bulat Pembangkang hari ini bersetuju menubuhkan sebuah pakatan baru, yang diberi nama "Pakatan Harapan".

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, penubuhan pakatan itu merangkumi tiga parti politik iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Katanya, krisis yang melanda negara pada ketika ini telah mendesak parti pembangkang bersatu untuk berdepan Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

Wan Azizah yang enggan mengulas lanjut tentang kesediaan menerima penglibatan PAS dalam Pakatan Harapan, menegaskan pakatan itu kini dianggotai oleh tiga parti sahaja buat masa ini.

"Keadilan, DAP dan Amanah. Itu sahaja buat masa ini. NGO bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Persidangan Meja Bulat Pembangkang di sini hari ini.

Turut hadir ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Antara pemimpin pembangkang yang turut hadir sebagai panel adalah, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Selain Mohamad, turut mewakili Amanah sebagai panelis ialah Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub dan Ahli Jawatankuasa Amanah, Dr Hatta Ramli.
Manakala, DAP pula diwakili oleh Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke dan Setiausaha Publisiti Kebangsaan parti itu, Tony Pua.

Selain itu, wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) turut hadir, seperti Datuk Saifuddin Abdullah mewakili Akademi Belia dan Khairul Ariffin mewakili Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Share this article :
+
Previous
Next Post »
Check Page Rank
 
Copyright © 2010 Blog Blue Box - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
Back To Top