Resepi Gulai Keladi Kemahang dari Kuala Lipis

Gulai Keladi Kemahang

Bahan-bahannya:

Keladi Kemahang
  1. Secekak keladi kemahang
  2. Tempoyak dalam 3- 4 sudu besar (biarlah kuahnya pekat sikit, jangan cair sangat)
  3. 10 ulas cabai burung @ cili api (kalau nak pedas boleh bubuh banyak)
  4. Kunyit hidup satu inci (kunyit serbuk tidak sesuai)
  5. Seikat daum kesum
  6. Bunga kantan ( pilihanlah jika ada)
  7. Sedikit Air
  8. Garam secukup rasa
  9. Sekiranya tempoyak tak berapa masam boleh tambah asam keping dalam sekeping :)
  10. Sedikit gula putih sebagai perisa dan bahan perasa lain amat tidak digalakan :)

Cara- caranya:

  • Tumbuk lada api dan kunyit
  • kalau keladi panjang sangat potong separuh
  • pastu campur semua bahan di atas dalam periuk tambah air sehingga ampuh keladi.
  • Ketika memasak periuk hendaklah di tutup dengan tudungnya.
  • JANGAN dikacau-kacau atau di timbuk-timbuk atau digode-gode (macam buat gulai lemak pulak)
  • tunggu sampai masak sehingga keladi tadi menjadi lembut atau sudah boleh di putuskan dengan sudu
  • Bolehlah ditutupkan apinya.


p/s: Biasa kalau keladi itu gatal payah boleh putusnya. Untuk lebih sedap gulai keladi ini tambahlah jering semai dipotong-potongkan @ petai,terung, terung manggor (pipit) atau terung telunjuk atau campur keledek sahaja best juga.

Tips lainnya campurkan setengah sudu teh minyak masak... petua ini bagi mengelakkan keladi itu menjadi gatal.

Sedapnya susah nak cakap. Kena cuba sendiri dan makan bersama nasi yang panas-panas.

Selamat mencuba !

Click disini untuk Resepi Lain
Share this article :
+
Previous
Next Post »
Check Page Rank
 
Copyright © 2010 Blog Blue Box - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
Back To Top