Tanah Rizab Melayu Tinggal 12% ?


Tanah rizab Melayu ialah tanah yang telah diwartakan menerusi Enakmen Rizab Melayu 1913 yang dikuatkuasakan di negeri-negeri bagi menjamin pemilikan tanah untuk kaum Melayu di Semenanjung Malaysia.

Pada tahun 1931, tanah rizab Melayu berjumlah 3,149,225 hektar di seluruh negara. Pada tahun 2009, tanah rizab Melayu berkurangan menjadi 1,578,263.91 hektar sahaja. Kajian terkini menyatakan tanah rizab Melayu hanya tinggal 11.9% sahaja.

Persoalannya, mengapa tanah rizab Melayu semakin berkurangan sedangkan Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan telah menyebut tanah rizab Melayu yang mahu dibatalkan dan dipindah hak milik perlulah digantikan dengan kawasan sama sifat dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan.

Mengapa, setelah tanah rizab Melayu diambil, kerajaan negeri tidak bertindak menggantikan tanah rizab Melayu yang diambil tersebut? Parti manakah yang memerintah kerajaan negeri tersebut?

Bukankah kerajaan negeri yang memerintah tersebut ialah kerajaan yang diperintah oleh orang Melayu? Jika selalu bercakap tentang mempertahankan kepentimngan Melayu, mengapa tanah rizab ini tidak segera diganti setelah diambil?

Inilah pertanyaan yang sering bermain di kepala saya. Apakah kerajaan Melayu hari ini betul-betul mempertahankan kepentingan Melayu?

Catatan:

Prof. Agus Yusoff
Share this article :
+
Previous
Next Post »
Check Page Rank
 
Copyright © 2010 Blog Blue Box - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
Back To Top