5 Barang Dapur Yang Mesti Ada

Ada ketikanya kita kehabisan lauk (atau kehabisan duit) di rumah. Bila jadi macam tu, fikiran kabur tak tahu nak masak apa. Berikut kami senaraikan 5 barang dapur yang patut ada dalam pantri anda yang boleh ditukarkan ke hidangan yang mengenyangkan dan menjimatkan.

1. Tepung Gandum

Tepung gandum boleh sahaja ditukar menjadi jemput-jemput. Kalau rajin sikit tukar jadi roti jala (tapi kari kenalah ada, baru syok). Atau kalau anda memang kaki masak, tukarkannya jadi pasta atau sup cendawan!

2. Beras

Masak beras jadi bubur! Letak garam sebagai perasa. Nak sedap lagi, penyekkan bawang putih dan halia dan masukkan ke dalam bubur.

3. Ikan Bilis

Anda boleh buat sambal ikan bilis sebagai satu-satunya lauk tengahari anda. Sedap dan menyelerakan.

4. Sardin dalam Tin

Sardin ni macam-macam boleh buat. Kita boleh buat sambal sardin, kari sardin atau sardin roll.

5. Kentang

Anda boleh rebus dan sapukan bersama mentega dan garam, kentang lenyek atau pun kentang goreng.

Simple sahaja.
Share this article :
+
Previous
Next Post »
Check Page Rank
 
Copyright © 2010 Blog Blue Box - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
Back To Top