Hyundai Tucson Terima Status 5 Bintang dari Euro NCAP


Berita daripada NCAP Eropah pasti akan menjadikan pengimportnya di Malaysia, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) gembira. Sedang mereka sibuk mempersiapkan kedatangan SUV kompak Tucson generasi terkini ini ke pasaran tempatan, pihak NCAP pula mengumumkan yang model ini telah dianugerahkan markah penuh 5-bintang untuk keselamatan.

Menurut NCAP, SUV telah mendapat markah yang tinggi bagi kesemua ujian-ujian perlanggaran dan keselamatan yang dijalankan. Jika dibandingkan dengan ujian sama yang dilakukan ke atas model yang digantinya panda 2006, Tucson baharu ini menunjukkan evolusi dari segi keselamatan keseluruhan terutamanya bagi ciri bantuan keselamatan.


NCAP menyatakan bahawa teknologi AEB (sistem brek kecemasan autonomous) adalah satu ciri tambahan yang boleh dipilih, tetapi tidak disertakan di dalam pemarkahan kerana ia dijangka tidak akan mendapat sambutan daripada pembeli.


Harus juga kami tekankan bahawa varian yang diuji oleh NCAP tidak semestinya serupa dengan apa yang HSDM akan jual di pasaran tempatan, tetapi NCAP turut menyatakan bahawa hasil ujian yang dilakukan bagi Tucson baharu ini mewakili semua varian (termasuk 4x2 dan 4x4) yang ada.

Spesifikasi model diuji
Kereta: Hyundai Tucson 1.7-diesel GLS 2x2, pemanduan belah kiri (LHD)
Badan: Wagon 5-pintu
Tahun pengeluaran: 2015
Berat: 1,494kg


* Sebab-sebab dokumen laporan NCAP Eropah mengelaskan Tucson ini sebagai ‘wagon’ tidak dapat dipastikan
Share this article :
+
Previous
Next Post »
Check Page Rank
 
Copyright © 2010 Blog Blue Box - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
Back To Top