Sejarah Serendah

Sejarah Pembukaan Serendah

Sejarah pembukaan Serendah bermula dari Sungai Serendah. Paras tanah yang rendah menyebabkan kawasan ini sering dibanjiri selepas hujan lebat. Oleh itu penduduk tempatan telah mengambil singkatan “rendah” serta menamakan tempat ini sebagai Serendah.

Untuk mengatasi masalah banjir, penjajah British telah membina sebuah empangan yang mempunyai tujuh perigi di hadapan empangan tersebut. Perigi-perigi tersebut dapat melepaskan air hujan dengan cepat apabila berlaku hujan lebat.

Sebutan Serendah dalam bahasa mandarin lebih mirip kepada dialek Hakka. Ini disebabkan Serendah yang merupakan salah satu pusat perlombongan bijih timah telah menarik ramai pendatang Cina keturunan Hakka ke situ.

Mengikut catatan Tokong Sin Sze Si Ya Kuala Lumpur, Para pendatang Cina yang menceburi sektor perlombongan di Tanah Melayu mula bertapak di Melaka. Dari Melaka, mereka memulakan aktiviti perlombongan di Lukut, Seremban, Semenyih, Kajang dan ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, mereka telah mengembangkannya ke kawasan utara di Rawang, Serendah, Kuala Kubu Baru dan Kalumpang.

Mengikut sejarah, Kuala Lumpur telah dibuka pada tahun 1857 dan Serendah pula diterokai pada tahun 1870, hanya sedikit lewat berbanding dengan pembukaan Kuala Lumpur.

Kisah Perang Saudara Selangor

Semasa perang saudara Selangor antara tahun 1866 hingga 1874, Serendah menjadi salah satu medan pertempuran.

Dalam Pertempuran Rawang yang tercetus pada tahun 1871, musuh ketat kepada Kapitan Yap Ah Loy iaitu Chong Chong telah terbunuh di Serendah.

Catatan sejarah tersebut membuktikan Serendah telah wujud sebelum tahun 1870. Ramai pendatang Cina telah tertarik dengan kewujudan hasil bijih timah di situ.

Kapitan Yap Ah Loy merupakan salah satu taukeh lombong yang paling besar di Serendah. Beliau memiliki 17.65 ekar tanah perlombongan di Serendah dalam tahun 1880-an.

Buku "Guide To Penisular Malaysia" terbitan Plus pula menyatakan bahawa Serendah dikuasai orang asli pada awalnya. Ia kemudian menjadi tempat bertapak orang Air Bangis dari Sumatera, Indonesia. Mereka ini serumpun dengan orang Minangkabau.

Ramai pendatang Cina telah berhijrah ke Serendah pada tahun 1880 dan bekerja di lombong-lombong bijih timah sepanjang Sungai Serendah.

Perkhidmatan keretapi antara Rawang dan Serendah telah dibina pada tahun 1893 dan disambungkan ke Kuala Kubu Baru pada tahun 1894. Ia bertujuan untuk mengangkut hasil bijih timah yang begitu lumayan di seluruh kawasan Ulu Selangor.

Satu lagi taukeh lombong bijih timah yang terkenal di Serendah ialah Loke Yew. Beliau telah memulakan usaha perlombongannya di Serendah pada tahun 1890. Pada tahun 1898, Tokong Shin See Yeh telah dibina di Serendah atas usaha beliau. Beliau kemudian telah membiayai pembinaan sebuah pusat perubatan di Serendah.

Pada tahun 1901, Loke Yew bersama adik-beradik Loke Chow Tai dan Loke Chow Kit telah menubuhkan syarikat perlombongan Serendah Mines dan dirasmikan oleh Residen Selangor iaitu H. Conway Belfield. Syarikat itu memiliki kawasan lombong seluas 430 ekar di Serendah pada masa itu.

Loke Yew telah memiliki 42 lombong bijih timah di Serendah menjelang tahun 1903 dan menjadi pengusaha lombong paling besar di Serendah. Perkembangan itu telah menyebabkan pihak berkuasa negeri terpaksa menghentikan pengeluaran pajakan lombong baru kepada beliau.

Menjelang tahun 1906, sektor penanaman getah mula mengambil tempat. Loke Yew telah menjual lombong-lombong bijih timahnya dan memulakan penanaman getah secara besar-besaran. Harga getah yang melambung tinggi pada masa itu telah menarik ramai pendatang Cina untuk bekerja di ladang-ladang getah.

Sejarah Ekonomi Serendah

Sebelum penanaman getah, ramai juga yang berusaha dalam penanaman koko.

Pada awal kurun ke-20, sektor perlombongan bijih timah menjadi sumber pendapatan yang utama di Serendah. Sebanyak 20 ribu ekar tanah telah diteroka untuk tujuan perlombongan. Selain itu, sebanyak 60 ribu ekar tanah turut diteroka untuk tujuan penanaman getah dan tananam lain.
Bagi tempoh sepanjang 30 tahun dari tahun 1900 hingga 1930 merupakan zaman keemasan bagi Serendah. Ia dilengkapi dengan pusat pentadbiran, pusat perubatan, perkhidmatan keretapi, pendidikan dan lain-lain prasarana.
Pada hari ini, banyak kedai-kedai lama yang dibina pada zaman keemasan tersebut masih dikekalkan. Paparan tersebut mengenangkan kita kepada sejarah silam Serendah.

Sewaktu zaman keemasan, pendatang-pendatang Cina memiliki pentas lakonan opera sendiri. Pekerja-pekerja lombong dari Eropah dan Pengurus-pengurus estet getah pula menubuhkan kelab rekreasi mereka sendiri.

Keadaan yang paling memeranjatkan ialah terdapat segelintir wanita Jepun yang menetap di situ. Mereka ini akan keluar pada waktu malam untuk mencari orang-orang Eropah.

Ada juga yang menyatakan bahawa mereka ini sebenarnya adalah perisik kerajaan Jepun yang mengumpul maklumat untuk persediaan penaklukan tentera Jepun di Asia Selatan.

Pada ketika itu, golongan ini bertaburan di segenap pelosok Tanah Melayu. Ini membuktikan azam dan persediaan rapi tentera Jepun untuk mencetuskan perang di Asia Pasifik.

Selepas kejatuhan bijih timah pada tahun 1930, wanita-wanita Jepun turut hilang berikutan penutupan kelab-kelab orang Eropah. Apa yang tinggal hanyalah lagenda.

Menjelang tahun 1941, tentera Jepun telah menawan Tanah Melayu dan menimbulkan kacau-bilau. Pada tahun 1948, penjajah British telah mengisytiharkan perintah Darurat. Sejak itu, Kampung Baru Serendah telah ditubuhkan bagi penempatan semula semua penduduk Cina yang tinggal di sekitar luar bandar.
Kampung Baru Serendah berkeluasan 50 ekar. Terdapat 185 keluarga yang kebanyakannya berketurunan Hakka tinggal di situ.

Bijih timah dan getah menjadi aktiviti ekonomi utama pada awal penubuhan Kampung Baru Serendah. Sehingga pada tahun 1960-an, masih ada segelintir yang mendulang bijih timah walaupun hasil bumi itu hampir habis.

Penduduk Kampung Baru Serendah agak kurang. Ia hanya mempunyai 400 orang penduduk pada tahun 1950. Jumlah jatuh kepada 364 pada tahun 1954. Pada tahun 1995, jumlah penduduk ialah sebanyak 728 orang dan bertambah kepada 1000 orang pada hari ini.

Serendah telah bertukar nama kepada Kampung Damai pada tahun 1990-an. Namun penduduk telah biasa dengan nama lama.

Perkhidmatan keretapi komuter telah bersambung ke Serendah pada tahun 2007. Pada tahun 2010, laluan lingkaran jalan menyambungkan Rawang-Serendah-Kuala Kubu Baru telah mula beroperasi. Dijangkakan Serendah akan lebih meriah dan maju pada masa akan
Share this article :
+
Previous
Next Post »
Check Page Rank
 
Copyright © 2010 Blog Blue Box - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
Back To Top